Interpol cari wanita Singapura terlibat penipuan peperiksaan - Utusan Malaysia

Interpol cari wanita Singapura terlibat penipuan peperiksaan

POH YUAN NIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan notis amaran terhadap seorang wanita di sebalik sindiket penipuan peperiksaan di Singapura melibatkan penggunaan telefon bimbit dan fon telinga yang dilekatkan pada tubuh pelajar.

Lapor BBC, Poh Yuan Nie, 57, mengetuai penipuan tersebut bersama tiga rakan yang kesemuanya telah dipenjarakan.

Yuan Nie yang merupakan bekas pengetua pusat tuisyen tempatan, sepatutnya memulakan hukuman penjara selama empat tahun pada September lalu, tetapi dilaporkan telah melarikan diri ke luar negara.

Polis di negara kota singa itu mengeluarkan waran tangkap untuk menahan Yuan Nie yang juga dikenali sebagai Pony, November lalu. 

Polis Singapura kemudian memohon notis merah daripada Interpol pada Disember lalu dan telah merayu untuk mendapatkan maklumat mengenai keberadaan bekas guru itu.

Penipuan melibatkan suspek dilaporkan berlaku selama beberapa hari pada Oktober 2016 ketika pelajar menduduki tiga peperiksaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Menurut media tempatan, Pusat Pendidikan Zeus yang dikendalikan Yuan Nie terlibat menyediakan tuisyen kepada enam pelajar berumur 17 hingga 20 tahun untuk membantu mereka lulus dalam peperiksaan dan berjaya memasuki kolej vokasional tempatan.

Yuan Nie dibayar 8,000 dolar Singapura (RM25,845) bagi setiap pelajar serta tambahan 1,000 dolar Singapura (RM3,230) bagi yuran kemasukan tetapi wang itu akan dikembalikan sepenuhnya jika mereka tidak lulus.

Kesemua pelajar warga China itu kemudian menduduki kertas peperiksaan mereka di lokasi berbeza sambil dibantu Yuan Nie serta rakannya yang memberikan jawapan kepada setiap soalan menggunakan alat fon telinga kecil.

Telefon bimbit dan peranti bluetooth telah dilekatkan pada badan setiap pelajar oleh Yuan Nie dan dua rakannya untuk melihat kertas soalan secara langsung dan disembunyikan dengan teliti di bawah pakaian mereka.

Penipuan itu terbongkar apabila seorang penyelia peperiksaan mendengar bunyi transmisi luar biasa dari salah seorang pelajar yang terlibat dalam penipuan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.