Hampir dua pertiga spesies jerung, pari diancam kepupusan - Utusan Malaysia

Hampir dua pertiga spesies jerung, pari diancam kepupusan

PENANGKAPAN ikan secara berlebihan menjejaskan populasi spesies jerung dan paring hidup di kawasan terumbu karang. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Satu kajian baharu mendedahkan hampir dua pertiga spesies jerung dan pari yang hidup di sekitar kawasan terumbu karang berdepan ancaman kepupusan.

Lapor Daily Mail, aktiviti penangkapan ikan secara berlebihan dikenal pasti sebagai ancaman terbesar yang menjejaskan populasi kehidupan marin itu.

Kajian itu meneliti spesies haiwan dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) yang diancam kepupusan.

Setelah mengkaji 134 spesies jerung dan pari, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa tindakan pemuliharaan perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi menangani ancaman kepupusan di habitat tersebut.

Tindakan itu antara lain membabitkan pelaksanaan undang-undang pemuliharaan, mengurus dan menguatkuasakan peraturan penangkapan ikan dengan lebih berkesan serta mewujudkan lebih banyak Kawasan Perlindungan Hidupan Marin.

Perubahan iklim dunia memberi impak besar terhadap alam sekitar termasuk kemerosotan ekosistem terumbu karang.  

Ketika ini, terdapat sebanyak 150,388 spesies di seluruh dunia disenaraikan dalam IUCN, dengan 42,108 spesies daripadanya diancam kepupusan.  

IUCN menjangkakan kira-kira 37 peratus daripada semua spesies jerung dan pari di semua habitat bakal menghadapi kepupusan.

Kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Simon Fraser di Vancouver, disiarkan dalam jurnal Nature Communications.

Kajian diketuai oleh Dr. Samantha Sherman mendedahkan risiko kepupusan dua hidupan marin itu yang hidup di kawasan terumbu karang, ketika peratusan spesies terancam meningkat dua kali ganda daripada jumlah keseluruhan 1,199 spesies jerung dan pari.   

Menurut kajian itu, sekitar 59 peratus jerung dan pari hidup di terumbu karang termasuk spesies topeshark dan coach whipray terancam.   

Kira-kira 70 peratus spesies jerung dan pari mengalami penurunan dalam saiz populasi, dengan hanya 10 peratus kekal stabil.  

Secara keseluruhannya, ikan pari lebih terancam berbanding jerung, dengan hanya populasi spesies pari harimau semakin bertambah.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.