Banjir besar landa Auckland - Utusan Malaysia

Banjir besar landa Auckland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Hujan lebat dan banjir besar di Auckland menyebabkan perkhidmatan kecemasan dikerahkan dan memaksa penganjur membatalkan konsert penyanyi lagenda, Elton John yang dijadualkan di bandar itu.

Pengurusan Kecemasan Auckland menerusi satu catatan di Twitter memaklumkan bahagian utara, barat laut dan barat bandar itu terjejas teruk akibat banjir besar dengan keadaan dijangka bertambah buruk.

Agensi itu menasihatkan penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir supaya bersiap sedia untuk berpindah.

Video di media sosial menunjukkan anggota bomba, polis dan pasukan pertahanan menyelamatkan penduduk yang terkandas di rumah yang dinaiki air menggunakan tali dan bot penyelamat.

Jalan-jalan utama juga terhalang akibat banjir, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang di lebuh raya.

Konsert pemuzik Britain, Elton John di bandar raya itu yang dijangka dihadiri kira-kira 40,000 orang juga sudah dibatalkan.

“Memandangkan keadaan cuaca yang bertambah buruk, pertunjukan malam ini telah dibatalkan.

“Pasukan operasi kami sedang berusaha untuk mengubah haluan bas acara khas untuk membantu membawa orang ramai pulang ke rumah secepat mungkin,” kata Auckland Transport dalam satu kenyataan di Twitter.

Penerbangan ke Auckland juga telah ditangguhkan atau dibatalkan kerana cuaca buruk.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya