686 ketua kampung seleweng wang penduduk - Utusan Malaysia

686 ketua kampung seleweng wang penduduk

KETUA kampung mengadakan demonstrasi menuntut tempoh jawatan mereka dilanjutkan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hampir 700 ketua kampung yang berkhidmat membantu masyarakat setempat di seluruh Indonesia didapati menyeleweng wang rakyat sepanjang tahun lalu.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Dakwah dan Ukhwah Majlis Ulama Indonesia (MUI), Cholil Nafis menggesa supaya tempoh jawatan ketua kampung itu tidak dilanjutkan.

Menurut Cholil, wujudnya isu penyelewengan di sebalik protes dilancarkan oleh ketua kampung yang menuntut tempoh jawatan mereka dilanjutkan.

Malah, tegas beliau, sekiranya tempoh jawatan ketua kampung berkenaan dilanjutkan, maka tidak mustahil kes serupa akan berulang.

“Saya hairan bagaimana mereka boleh mengadakan protes meminta pelanjutan jawatan sedangkan wujudnya masalah seperti ini ?

“Selalunya, raja ketua kampung adalah tetap terutamanya jika jawatan mereka dilanjutkan dan terdapat dana yang boleh diuruskan.

“Oleh itu, saya menggesa supaya jangan lanjutkan tempoh jawatan ketua kampung demi penjanaan semula dana,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia, Firli Bahuri mendedahkan seramai 686 ketua kampung terlibat dalam 601 kes penyelewengan wang rakyat membabitkan dana kampung.

Firli berkata, ratusan kes dikesan berlaku dalam tempoh sembilan tahun iaitu dari 2012 hingga 2021. – AGENSI        

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.