Sambut Krismas, tahun baharu, 44 juta 'mudik' ke kampung - Utusan Malaysia

Sambut Krismas, tahun baharu, 44 juta ‘mudik’ ke kampung

KERAJAAN Indonesia menganggarkan seramai 44 juta penduduk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu hujung bulan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Perhubungan Indonesia memaklumkan, sebanyak 16 peratus atau 44 juta penduduk akan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2023.

Menterinya, Budi Karya Sumadi berkata, kebanyakan penduduk dijangka menggunakan kenderaan sendiri untuk pulang ke kampung masing-masing.

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, kira-kira 16 peratus atau 44 juta penduduk di seluruh Indonesia pulang ke kampung untuk bercuti sempena perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2023.

“Mereka dijangka menggunakan kenderaan peribadi untuk melakukan perjalanan kerana berasa lebih selesa.

“Namun, ingin saya ingatkan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung, terutamanya penunggang motosikal,” katanya lapor Kompas.com.

Selain itu, Budi turut memaklumkan, orang ramai juga boleh boleh memilih menaiki pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman.

Katanya, kaedah itu mungkin lebih selamat.

“Saya juga meminta semua pihak berkaitan supaya memantau aliran trafik semua pengangkutan supaya lancar.

“Kita tidak mahu orang tua di kampung menunggu kepulangan jenazah anak-anak mereka,” ujarnya.

Sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2023 kali ini dijangka lebih meriah selepas kerajaan melonggarkan semua peraturan Covid-19.

Namun, orang ramai masih diingatkan dengan kes jangkitan yang masih ada setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN