Mahkamah Iran terima rayuan terhadap hukuman mati penunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Mahkamah Iran terima rayuan terhadap hukuman mati penunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Mahkamah Agung Iran menerima rayuan terhadap hukuman mati seorang penunjuk perasaan yang didakwa merosakkan harta benda awam semasa demonstrasi anti kerajaan dan menghantar semula kes itu untuk semakan.

Sahand Noor Mohammadzadeh, 25, ditahan 4 Oktober lalu dan dijatuhi hukuman mati dua bulan kemudian atas tuduhan menggerakkan perang melawan Tuhan selepas didakwa cuba memecahkan pagar lebuh raya di Teheran dan membakar tong sampah.

Sahand menolak tuduhan itu, mengatakan dia terpaksa mengaku bersalah dan melancarkan mogok lapar dua minggu lalu.

“Mahkamah Agung telah menerima rayuan Sahand, salah seorang tertuduh dalam rusuhan baru-baru ini. Kesnya telah dihantar ke cawangan Mahkamah Revolusi yang sama untuk semakan,” kata agensi berita kehakiman Mizan di Twitter.

Minggu lalu, Mahkamah Agung menerima rayuan hukuman mati terhadap penyanyi rap, Saman Seydi Yasin tetapi mengesahkan hukuman yang sama terhadap penunjuk perasaan Mohammad Qobadloo.

Iran telah menghukum mati dua orang yang terlibat dalam kekacauan yang tercetus sejak September lalu selepas kematian dalam tahanan wanita Kurdish Iran, Mahsa Amini yang ditangkap oleh polis moral kerana melanggar kod pakaian untuk wanita.

Amnesty International berkata, pihak berkuasa Iran sedang menuntut hukuman mati untuk sekurang-kurangnya 26 yang lain sebagai dorongan untuk menakut-nakutkan penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa Iran menyalahkan musuh asing Iran dan ejen mereka kerana mendalangi gangguan itu.

“Mahkamah Agung telah menerima rayuan Sahand, salah seorang tertuduh dalam rusuhan baru-baru ini. Kesnya telah dihantar ke cawangan Mahkamah Revolusi yang sama untuk semakan,” kata agensi berita kehakiman Mizan di Twitter.

Minggu lalu, Mahkamah Agung menerima rayuan hukuman mati terhadap penyanyi rap, Saman Seydi Yasin tetapi mengesahkan hukuman yang sama terhadap penunjuk perasaan Mohammad Qobadloo.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya