Jenazah dua beranak maut kemalangan lori pecah tayar selamat dikebumi

Jenazah dua beranak maut kemalangan lori pecah tayar selamat dikebumi

JENAZAH Allahyarham Isnaini Mohd. dan Muhammad Al Amin Khairul Syahmi dibawa ke Tanah Perkuburan  Islam Teluk Pasu selepas selesai disolatkan di Masjid Teluk Pasu, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jenazah dua beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 362.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, Dungun, dekat sini semalam, dikebumikan dalam satu liang lahad.

Allahyarham Isnaini Mohd. 42, dan anak lelakinya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Pasu, kira-kira pukul 11.30 pagi ini.i.

Suami Isnaini, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, yang cedera dalam kemalangan itu turut kelihatan menunaikan solat jenazah dan ke tanah perkuburan  melihat jenazah isteri dan anaknya dikebumikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 4 petang semalam, dua beranak itu dilaporkan maut selepas lori dipandu Khairul Syahmy hilang kawalan dipercayai akibat tayar pecah sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 362.9 LPT2.

Difahamkan, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu yang juga pemilik kedai perkakasan di Gong Badak, di sini, sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar barang di Kuantan, Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN