SETIU : Seorang pengantin baharu maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Guntung di sini, hari ini. Difahamkan. mangsa Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, baru mendirikan rumah tangga sejak empat hari lalu. Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Jertih. “Ketika tiba di lokasi tersebut, motosikal mangsa dikatakan cuba memotong…










