Mahkamah bebaskan perogol selepas berkahwin dengan mangsa - Utusan Malaysia

Mahkamah bebaskan perogol selepas berkahwin dengan mangsa

KADAR sabitan kes rogol di Pakistan sangat rendah dan sering melibatkan penyelesaian luar mahkamah yang dilakukan majlis pemimpin masyarakat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan membebaskan seorang perogol selepas dia mengahwini mangsanya dalam penyelesaian luar mahkamah yang diurus oleh majlis pemimpin masyarakat di barat laut negara ini, lapor peguam.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan aktivis hak asasi manusia yang menyifatkan tindakan itu menghalalkan keganasan seksual terhadap wanita di negara di mana majoriti kes rogol tidak dilaporkan.

Dawlat Khan, 25, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Mei lalu oleh Mahkamah Rendah di daerah Buner di wilayah Khyber Pakhtunkhwa kerana merogol seorang wanita pekak.

Bagaimanapun suspek dibebaskan dari penjara Isnin lalu selepas Mahkamah Tinggi Peshawar menerima penyelesaian di luar mahkamah yang dipersetujui oleh keluarga mangsa rogol itu.

Bercakap selepas anak guamnya dibebaskan, peguam, Amjad Ali berkata, latar belakang perjanjian itu diterima kerana perogol dan mangsa adalah daripada keluarga besar yang sama.

“Kedua-dua keluarga kembali berbaik selepas persetujuan dicapai dengan bantuan jirga tempatan atau majlis tradisional,” tambahnya.

Dawlat ditahan selepas mangsa yang belum berkahwin melahirkan bayi awal tahun ini dan ujian paterniti membuktikan dia adalah bapa kandung kanak-kanak itu.

Menurut Kumpulan Bantuan Guaman Asma Jahangir yang menyediakan bantuan guaman kepada wanita yang terdedah kepada kes rogol di negara ini, kadar sabitan adalah lebih rendah berbanding tiga peratus kes yang dibicarakan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya