Hubungan seks pasangan gay kini bukan lagi jenayah di Singapura - Utusan Malaysia

Hubungan seks pasangan gay kini bukan lagi jenayah di Singapura

PARLIMEN Singapura memansuhkan jenayah seks pasangan gay dan melindungi definisi perkahwinan daripada cabaran undang-undang.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura tidak lagi menjenayahkan hubungan seks antara lelaki dan melindungi definisi perkahwinan daripada cabaran undang-undang selepas Parlimen meluluskan perubahan kepada dua Rang Undang-Undang itu semalam.

Lapor portal berita Channel News Asia, pemansuhan Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan itu telah diluluskan dengan majoriti 93 undi.

Semua Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang hadir mengundi RUU tersebut mengikut kedudukan parti.

Pindaan Perlembagaan untuk melindungi definisi perkahwinan daripada cabaran undang-undang pula diluluskan dengan majoriti 85 undi.

Semasa perbahasan serentak selama dua hari mengenai kedua-dua Rang Undang-Undang berkenaan, hampir 40 ahli Parlimen daripada kedua-dua Dewan bangkit untuk berucap.

Terdapat beberapa ahli Parlimen yang menyatakan kebimbangan tentang usaha melindungi struktur dan nilai keluarga tradisional serta dasar sosial.

Sementara yang lain menekankan keperluan untuk mencegah diskriminasi terhadap mereka yang mempercayai definisi perkahwinan sebagai penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Sebaliknya, ada juga yang menggesa kerajaan supaya tidak mendiskriminasi mereka yang berada di luar institusi tradisional perkahwinan seperti orang bujang, bercerai atau balu.

Dalam ucapan penggulungannya kelmarin, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam mengulangi bahawa perubahan Perlembagaan akan melindungi definisi heteroseksual dalam perkahwinan bersama undang-undang dan dasar berkaitan.

“Sama seperti yang kami jelaskan mengenai pemansuhan 377A, kami mengambil pendirian yang jelas bahawa kami akan melindungi perkahwinan heteroseksual sebagai institusi utama dalam masyarakat kita,” katanya.

Dalam ucapannya, menteri itu juga menyatakan bahawa terdapat sebilangan kecil individu yang disabitkan antara 1988 dan 2007 atas perbuatan homoseksual suka sama suka dan persendirian antara orang dewasa.

Beliau menjelaskan telah mengarahkan kementeriannya untuk mempertimbangkan sama ada rekod mereka akan dibatalkan atau dikeluarkan.

Dalam pada itu, menurut Shanmugam, tidak ada rancangan untuk membenarkan individu mengeluarkan jantina berdaftar mereka daripada kad pengenalan atau pasport mereka.

Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga, Masagos Zulkifli turut menegaskan, tiada rancangan untuk mengubah takrif perkahwinan bagi memasukkan perkahwinan sejenis dan  pemimpin agama atau mana-mana majlis akad nikah berlesen dilarang mengahwinkan pasangan sejenis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya