Eropah tidak cukup kuat lawan Russia - Utusan Malaysia

Eropah tidak cukup kuat lawan Russia

SANNA Marin menyampaikan ucapan dalam satu acara di Institut Lowly di Sydney, Australia. - AGENSI       
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Perdana Menteri Finland, Sanna Marin mengakui Eropah tidak cukup kuat untuk menentang sendiri pencerobohan Russia di Ukraine.

Justeru, Marin memaklumkan negara itu terpaksa bergantung dengan bantuan dari Amerika Syarikat (AS).

Lapor BBC, Marin dalam satu lawatan ke Australia menegaskan pertahanan Eropah harus diperkukuhkan lagi.

“Saya kena jujur dengan anda, Eropah tidak cukup kuat ketika ini. Kami mungkin menghadapi masalah tanpa AS,” katanya dalam satu acara di badan pemikir Institut Lowly di Sydney.    

Setakat ini, AS merupakan penyumbang bantuan ketenteraan terbesar kepada Ukraine.

Sejak tentera Russia menceroboh Ukraine pada Februari lalu, AS sudah menyumbang sebanyak AS$18.6 bilion (RM81.6 bilion) dalam bentuk bantuan. 

Kesatuan Eropah (EU) menjadi penyumbang kedua terbesar, diikuti oleh United Kingdom (UK).

Ketika simpanan bekalan senjata kebanyakan negara Eropah semakin berkurangan disebabkan konflik di Ukraine, Marin menegaskan lebih banyak perlu dilakukan untuk memperkukuhkan lagi pertahanan Eropah.

“AS sudah menyumbang banyak senjata, kewangan dan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine, namun Eropah masih belum cukup kuat,” katanya.

Tegas Marin, Eropah harus memastikan mampu membina keupayaan pertahanan negara itu dan industri pertahanannya.

“Kita juga harus membina pertahanan kuat agar memastikan Eropah boleh menghadapi mana-mana situasi,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya