Britain tidak akan naikkan gaji jururawat

Britain tidak akan naikkan gaji jururawat

GOLONGAN jururawat Britain menuntut kenaikan gaji sehingga lima peratus. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain menegaskan pihaknya ‘tidak sesekali akan akur dengan desakan’ golongan jururawat di negara ini yang meminta kadar gaji mereka dinaikkan.

Golongan itu dijangka mengadakan mogok secara besar-besaran di seluruh negara hari ini bagi menuntut kenaikan gaji.

Dianggarkan 10,000 jururawat di England, Wales dan Ireland Utara akan menyertai mogok tersebut.

“Kami tidak akan ‘berlembut’ dengan desakan itu kerana adalah tidak bertanggungjawab untuk membenarkan kenaikan gaji penjawat awam dan membiarkan kadar inflasi menjadi tidak terkawal.

“Kami mempunyai tanggungjawab yang lebih luas kepada rakyat untuk memastikan keadaan kewangan negara terjamin,” menurut kenyataan kerajaan Britain seperti yang dilaporkan BBC.

Terdahulu, Kesatuan Kolej Kejururawatan Diraja Britain (RCN) memaklumkan pendapatan mereka menurun sehingga enam peratus sejak dekad terakhir dan menuntut kenaikan gaji sehingga lima peratus di bawah kadar inflasi yang ketika ini mencecah 14 peratus pada November lalu.

Ketua RCN, Pat Cullen menyatakan, jika kerajaan enggan mengambil sebarang tindakan berhubung desakan mereka, maka mogok tersebut akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

“Kerajaan mempunyai banyak peluang untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, namun mereka memilih untuk tidak mengendahkan kami,” ujarnya.

Kerajaan Britain memaklumkan, kadar gaji jururawat di negara ini ditentukan oleh badan pemantau gaji bebas dan menetapkan golongan tersebut boleh menerima kenaikan gaji sehingga 1,400 pound (RM7,541) atau bersamaan empat peratus.

Ketika ini, Britain berdepan masa sukar berikutan banyak pekerja perkhidmatan sektor lain termasuk kereta api juga melakukan mogok berhubung isu yang sama.

Petugas ambulans di England dan Wales merancang melakukan mogok pada Rabu ini dan 28 Disember nanti, termasuk pekerja Pasukan Sempadan menjelang Krismas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya