Ahli politik Russia kutuk perang di Ukraine ditemui mati di India - Utusan Malaysia

Ahli politik Russia kutuk perang di Ukraine ditemui mati di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang ahli politik Russia yang menggelar perang di Ukraine sebagai ‘keganasan’ meninggal dunia secara misteri di sebuah hotel di India baru-baru ini.

Menurut laporan media Russia, jutawan dan ahli politik, Pavel Antov, 65, jatuh dari tingkap di sebuah hotel di bandar Rayagada di Odisha Ahad lalu sementara sahabat baiknya, Vladimir Budanov, meninggal dunia di hotel sama dua hari sebelum itu.

Konsul Jeneral Russia berkata, Antov jatuh dari tingkap hotel dan seorang pemandu India membawanya ke hospital tetapi Antov kemudian disahkan meninggal dunia.

Antov adalah salah seorang ahli politik parti utama pro-Putin, United Russia sementara Budanov, 61, merupakan hartawan dan ahli Parlimen wilayah.

Budanov dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat lalu.

Kejadian itu mendorong pihak berkuasa India untuk menyiasat sama ada Antov terjun dari tingkap hotel akibat tertekan kerana kehilangan sahabat baiknya.

Kematian Antov merupakan kes terbaru dalam siri kematian yang tidak dapat dijelaskan melibatkan hartawan Russia sejak pencerobohan di Ukraine selepas kebanyakan mereka mengkritik peperangan itu secara terbuka.

“Seorang gadis ditarik keluar dari bawah runtuhan, bapa gadis itu nampaknya telah meninggal dunia.

“Ibu cuba ditarik keluar dengan kren kerana dia terperangkap di bawah papan. Sejujurnya, amat sukar untuk menggelar situasi ini selain daripada keganasan,” tulis Antov di media sosial baru-baru ini.

Tetapi beliau segera menarik balik komen itu dan mengeluarkan permohonan maaf, menegaskan dirinya sentiasa menyokong Presiden Russia, Vladimir Putin dan ikhlas menyokong matlamat operasi ketenteraan Putin.

Antov yang meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan adalah ahli Parlimen terkaya di Russia dan pada tahun 2019, pendapatan tahunannya yang diisytiharkan berjumlah lebih 130 juta pound (RM692 juta) dalam analisis oleh Forbes Russia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.