Ahli Parlimen Konservatif mahu lucut gelaran diraja Harry dan Meghan - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Konservatif mahu lucut gelaran diraja Harry dan Meghan

PUTERA Harry bersama isterinya, Meghan Markle
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang ahli Parlimen parti Konservatif merancang untuk mengemukakan undang-undang baharu dalam usaha melucutkan gelaran diraja Duke dan Duchess of Sussex milik Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle.

Ahli Parlimen Isle of Wight, Bob Seely memberitahu agensi berita PA, beliau akan mencadangkan rang undang-undang persendirian itu awal tahun depan dalam usaha untuk meminda Akta Penafian Hakmilik 1917.

Jika diluluskan, ia akan menyaksikan ahli Parlimen mengundi resolusi yang boleh memberi kuasa kepada majlis penasihat untuk melucutkan status diraja Harry dan Meghan.

“Ada isu politik. Selain memalukan institusi diraja serta keluarganya dan membuat keuntungan melalui kisah penderitaannya, Harry juga menyerang beberapa institusi penting di negara ini.” kata Seely.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang yang dikemukakan oleh ahli Parlimen yang kurang sokongan kerajaan jarang mendapat undi yang diperlukan untuk dibentangkan di Parlimen.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Parti Buruh, Rachael Maskell dikatakan sudah mengemukakan rang undang-undang  di Parlimen yang akan memberikan intitusi diraja kuasa baharu untuk menghapuskan gelaran atau Parlimen boleh membuat keputusan menentukan sama ada gelaran diberikan harus ditarik balik atau tidak.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Guy Opperman menggunakan penampilan di  BBC untuk menggesa semua rakyat negara itu supaya memboikot saluran Netflix.

Dalam siri dokumentari di saluran itu Khamis lalu, Harry dan Meghan menuduh media memusnahkan kehidupan mereka sebelum mereka meninggalkan United Kingdom (UK) dan berkata keluarga diraja gagal memahami bahawa Meghan memerlukan perlindungan akibat serangan perkauman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya