90 peratus populasi dunia miliki imuniti terhadap Covid-19 - Utusan Malaysia

90 peratus populasi dunia miliki imuniti terhadap Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 90 peratus penduduk dunia kini mempunyai ketahanan terhadap Covid-19.

Bagaimanapun, agensi kesihatan antarabangsa itu memberi amaran masih terdapat risiko kemunculan varian baharu yang berbahaya.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kealpaan dalam pemantauan akan membuka ruang untuk varian baharu virus muncul dan mengatasi varian Omicron yang kini menjadi dominan di seluruh dunia.

“WHO menganggarkan sekurang-kurangnya 90 peratus penduduk dunia kini memiliki tahap imuniti tertentu terhadap virus SARS-CoV-2 berikutan pernah dijangkiti atau sudah divaksin.

“Kita semakin hampir untuk mengisytiharkan fasa kecemasan pandemik sudah berakhir, namun kita masih belum sampai ke tahap itu,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurut beliau, kealpaan dalam pemantauan, ujian saringan, penjujukan genom dan vaksinasi terus mewujudkan keadaan sesuai untuk kemunculan varian baharu yang membimbangkan dan berisiko menyebabkan kematian.

Minggu lalu menandakan genap setahun sejak WHO mengumumkan Omicron sebagai varian membimbangkan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Sejak itu, varian tersebut menular ke seluruh dunia dan ia terbukti lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.

Sementara itu, Tedros memaklumkan lebih 500 subvarian Omicron menular ketika ini dan lebih mudah bergerak di sebalik imuniti itu, meskipun ia kurang berbahaya berbanding varian sebelumnya.

Setakat ini, WHO merekodkan 6.6 juta kes kematian di seluruh dunia daripada 640 juta kes yang direkodkan.

Namun, agensi kesihatan itu menyatakan angka itu tidak mencerminkan jumlah sebenar kes kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.