34 maut kejadian tanah runtuh di Colombia - Utusan Malaysia

34 maut kejadian tanah runtuh di Colombia

PASUKAN penyelamat menggunakan jengkaut untuk mengalihkan tanah selepas kejadian tanah runtuh di El Ruso, Pueblo Rico, barat laut Colombia. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 34 orang yang berada dalam sebuah bas dan kenderaan lain terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di jalan raya di barat laut Colombia. 

Menurut pasukan perkhidmatan kecemasan, hujan lebat yang melanda kawasan itu menyebabkan tanah runtuh di laluan berliku sehingga menimbus bas dan kenderaan tersebut.

Kejadian tanah runtuh itu mencetuskan operasi menyelamat besar-besaran, dengan puluhan orang menggunakan cangkul dan jengkaut menggali tanah untuk mencari mangsa yang tertimbus.

Unit Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (UNGRD) memaklumkan lapan kanak-kanak antara mangsa yang meninggal dunia.

Jelasnya, sembilan orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di bandar terpencil Pueblo Rico.     

Menurut pegawai pertahanan awam, bas itu bertolak dari bandar Cali dengan membawa 25 penumpang, dan menempuh perjalanan sejauh 270 kilometer (km) sebelum dilanda tanah runtuh ketika melalui kawasan pergunungan Andes.

Media tempatan melaporkan seorang kanak-kanak terselamat selepas ditarik dari pelukan ibunya yang meninggal dunia.

Sementara itu, mangsa bernama Andres Ibarguen berkata, pemandu bas itu pada mulanya berjaya mengelak kejadian tanah runtuh yang disifatkan paling teruk.

“Sebahagian daripadanya turun dan ketika itu bas berundur dari situ, namun selepas itu semuanya runtuh,” katanya kepada stesen radio, Lloro Stereo.   

Musim hujan yang bermula pada Ogos lalu disifatkan paling teruk di Colombia dalam tempoh 40 tahun, sehingga menjadi punca nahas yang menyebabkan lebih 270 orang terkorban. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.