17 orang cedera, letupan bom di Yangon - Utusan Malaysia

17 orang cedera, letupan bom di Yangon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Sekurang-kurangnya 17 orang cedera dalam kejadian letupan bom membabitkan sebuah feri dalam perjalanan antara bandar Botahtaung dan Dala.

Lapor portal Myanmar Now, sumber tempatan memaklumkan beberapa mangsa berada dalam keadaan parah.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.40 petang (waktu tempatan) ketika feri berkenaan berada di tengah-tengah Sungai Yangon.

Bom itu dilaporkan diletakkan di sebelah tangga yang menghubungkan ke dek atas feri Cherry-2 yang melakukan perjalanan antara Jeti Pansodan dan Dala.

“Kebanyakan mangsa cedera di bahagian bawah anggota badan malah ada juga di muka,” kata seorang pegawai dari kumpulan amal Shin Than Yay.

Kumpulan amal itu menghantar penumpang yang cedera membabitkan 15 lelaki dan dua wanita ke Hospital Besar Yangon.

“Kejadian itu amat mengerikan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang sumber dengan hospital mengesahkan mangsa kejadian sudah dibawa ke kemudahan.

Beberapa gambar yang dimuat naik di laman Facebook akaun Shin Than Yay menunjukkan tangga feri Cherry-2 berlumuran darah, selain basikal yang rosak dan penumpang yang terjatuh.

Selepas bom itu meletup, feri yang menuju ke arah Dala dilaporkan berpatah balik ke Jeti di Botahtaung.

Menurut seorang penduduk Dala, kira-kira 100 penumpang yang kebanyakannya pekerja buruh dipercayai berada dalam feri itu ketika kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN