fbpx

Sultan Brunei utus perutusan tahniah kepada Anwar

SULTAN HASSANAL BOLKIAH

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyampaikan perutusan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Memetik laporan Pelita Brunei, baginda percaya kepemimpinan dan kewibawaan Anwar menerajui pentadbiran kerajaan akan membawa Malaysia terus menikmati kemajuan demi kesejahteraan rakyat.

Baginda juga seterusnya mengalu-alukan peluang untuk terus bekerjasama rapat dengan Anwar bagi memperkukuhkan lagi hubungan akrab yang sekian lama terjalin serta memperluaskan lagi kerjasama di pelbagai bidang yang berkepentingan bersama demi kemanfaatan kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Bagi mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikurniakan kesihatan dan dalam perlindunganNya.

Baginda turut bertitah semoga rakyat Malaysia menikmati perpaduan, kestabilan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received