PM harap perjumpaan dengan Zahid berjalan lancar

PM harap perjumpaan dengan Zahid berjalan lancar

Anwar menyantuni golongan penghantar makanan pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Rakyat Negeri Johor di PPR Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk berunding mengenai keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perdana Menteri berharap pertemuan itu dapat berjalan dengan baik untuk kebaikan kedua belah pihak.

Beliau berkata, selama ini Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama yang baik dengan kerajaan Johor dalam menjayakan projek mega hingga mampu menarik pelaburan jutaan ringgit.

“Saya masih harap, walaupun pengumuman telah dibuat, saya masih harap. Saya akan berjumpa Presiden UMNO, saya (akan) kata rundinglah baik-baik, nak rebut apa?

“Di mana yang silap kita tak beri tolong. Saya tak berkira, saya tolong semua. Jadi, kalau berebut, di bawah, bergaduh. Apa yang penting ikthiar tolong rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Negeri Johor di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

Menurut Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor, keputusan tersebut sudah mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti tersebut.

Dalam pada itu, Presiden PKR itu mengingatkan pemimpin supaya sentiasa turun padang dan bukan hanya tunjuk Mula dan memberi bantuan apabila menjelang pilihan raya sahaja.

Beliau juga berharap penduduk di kawasan ini akan membantu memenangkan calon PH sekiranya bertanding di sini.

“Ini sebab saya dalam Keadilan buat kelainan, kita kena tukar sedikit. Kena utamakan rakyat, paling utama kita buat adalah membasmi kemiskinan.

“Di Johor pon tidak ada masalah walaupun kerajaan negeri dipimpin BN, yang penting kita jaga rakyat.

“Tetap tiba-tiba (BN) nak lawan semua (tanding 56 kerusi DUN).. Nak lawan, lawan lah.. Jimmy Puah (Wee Tse), jaga kawasan baik-baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meluluskan peruntukan RM1 juta untuk baik pulih kemudahan di PPR Taman Desa Mutiara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN