Sekurang-kurangnya 10 terbunuh insiden tembakan di pasar raya Walmart di Virginia - Utusan Malaysia

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh insiden tembakan di pasar raya Walmart di Virginia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIRGINIA: Sekurang-kurangnya 10 orang dikhuatiri terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah pasaraya Walmart di Chesapeake, di Virginia Amerika Syarikat (AS).

Laporan awal mendapati seorang lelaki bersenjata yang merupakan pengurus kedai, melepaskan tembakan sebelum menembak dirinya sendiri.

Seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian memberitahu ramai yang turut cedera dalam insiden tersebut.

Rakaman berita menunjukkan kehadiran polis di tempat kejadian dengan beberapa pegawai dan penyiasat sedang mengawal kawasan itu dan menutupnya kepada orang-ramai.

Jumlah sebenar kematian masih tidak jelas, tetapi Pegawai Polis Chesapeake, Leo Kosinski berkata, pihaknya percaya tidak lebih daripada 10 orang terbunuh dalam insiden itu.

Senator Virginia, Louise Lucas yang mewakili wilayah itu menzahirkan rasa terkejut dan sedih ekoran kejadian tembakan terbaharu di kawasannya itu.

“Saya sangat sedih dan kecewa kerana kejadian tembakan terbaharu hari ini berlaku di Walmart di daerah saya di Chesapeake, Virginia.

“Saya tidak akan berehat sehingga kita menemui penyelesaian untuk menamatkan wabak keganasan senjata api ini di negara kita yang telah meragut banyak nyawa,” katanya di laman Twitter.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.