BRASILIA: Presiden Jair Bolsonaro yang ketika jarang membuat penampilan dalam khalayak umum adalah disebabkan beliau menderita penyakit kulit pada kakinya.
“Beliau jarang membuat kemunculan kerana mengalami masalah kesihatan. Beliau menghidap jangkitan luit oada kaki.
“Disebabkan penyakit itu, beliau tidak boleh memakai seluar panjang dan sudah tentu beliau tidak mahu menghadiri acara rasmi dengan memakai seluar Bermuda,” kata Naib Presiden Brazil, Hamilton Mourao.
Namun, pejabat Bolsonaro sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Sejak kalah dalam pilihan raya pada 30 Oktober lalu, Bolsonaro hanya membuat kemunculan awam sekali.
Kini, sudah dua minggu berlalu dan Bolsonaro masih tidak membuat kemunculan.
Malahan, beliau juga tidak menghadiri sidang kemuncak iklim, COP27 di Mesir dan G20 di Bali, Indonesia.
Selain itu, beliau juga tidak aktif dalam media sosial seperti sebelum ini. – AFP