Polis India salahkan tikus ganja 200kg lesap dalam simpanan - Utusan Malaysia

Polis India salahkan tikus ganja 200kg lesap dalam simpanan

TIKUS sering menjadi punca kehilangan sejumlah besar dadah yang di simpan di balai polis di India.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis India mendakwa tikus menjadi ‘dalang’ di sebalik kehilangan hampir 200 kilogram ganja yang disimpan di balai polis selepas dirampas daripada pengedar dadah.

Lapor Mail Online, sebuah mahkamah di negeri Uttar Pradesh diberitahu bahawa haiwan perosak itu memakan hampir keseluruhan dadah tersebut ketika polis diminta menunjukkannya sebagai bahan bukti.

Hakim berkata, polis tidak mempunyai cara untuk menangani masalah yang berpunca daripada tikus, kerana haiwan itu terlalu kecil.

“Tikus adalah haiwan kecil dan mereka tidak takut dengan polis. Sukar untuk melindungi dadah daripada mereka,” kata mahkamah itu menurut BBC News.

Beliau juga mencadangkan bahawa untuk melindungi dadah yang dirampas daripada tikus-tikus kecil, pengangkutan khas harus disediakan kepada makmal dan pengeluar ubat dengan kerajaan menyimpan hasilnya.

Tikus telah ‘dipersalahkan’ atas pelbagai insiden di India sebelum ini.

Pada 2018, tikus menggigit wang kertas bernilai lebih 13,000 pound (RM70,345) selepas menyerbu mesin tunai di India.

Pada tahun yang sama, sebuah rumah tiga tingkat runtuh selepas tikus memusnahkan struktur asasnya, dan hampir membunuh lapan sekeluarga yang keluar beberapa jam lebih awal sebelum itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya