Perang berlarutan, pelarian Ukraine meningkat 14 juta - Utusan Malaysia

Perang berlarutan, pelarian Ukraine meningkat 14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pencerobohan Russia di Ukraine menyebabkan kira-kira 14 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian apabila terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, sekali gus menjadi jumlah terbesar dalam tempoh beberapa dekad.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia menyumbang kepada peningkatan jumlah pelarian dan individu yang terpaksa berpindah di seluruh dunia kepada lebih 103 juta orang ketika ini.

Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian PBB, Filippo Grandi, memberitahu Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bahawa rakyat Ukraine bakal berdepan ‘antara musim sejuk paling teruk di dunia dalam keadaan amat sukar’.

Ini kerana kemusnahan infrastruktur awam secara berterusan menyebabkan penduduk tidak mendapat perlindungan selain menjejaskan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Katanya, badan kemanusiaan sudah meningkatkan skala bantuan, namun masih banyak tindakan yang perlu dilakukan, khususnya menamatkan perang berkenaan.

Selain itu, Grandi memaklumkan agensi itu juga turut bertindak balas terhadap 37 kes kecemasan lain di seluruh dunia dalam tempoh 12 bulan terakhir, yang tercetus akibat konflik.

“Bagaimanapun, krisis lain gagal mendapat perhatian, kemarahan, sumber dan tindakan antarabangsa yang sama seperti di Ukraine,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya