Jepun naikkan yuran visa lima kali ganda mulai Julai

Jepun naikkan yuran visa lima kali ganda mulai Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun akan menaikkan yuran visa kemasukan tunggal untuk warga asing sebanyak lima kali ganda kepada 15,000 yen (RM385) berbanding 3,000 yen (RM77), bermula Julai ini.

Ini merupakan kenaikan pertama sejak 1978, susulan tekanan inflasi dan penyusutan nilai yen.

Yuran pengeluaran visa kemasukan berbilang kali, yang membolehkan pelawat memasuki Jepun beberapa kali dalam tempoh ditetapkan, turut dinaikkan daripada 6,000 yen (RM154) kepada 30,000 yen (RM770).

“Kami tidak menjangka langkah ini akan memberi kesan segera kepada pelancongan masuk,” kata Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi dalam sidang media.

Kenaikan itu dijangka akan membawa yuran pengeluaran visa Jepun lebih hampir kepada tahap yang dilaksanakan oleh negara-negara Kumpulan Tujuh (G7).- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×