SHANGHAI: Sejumlah penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di Shanghai pada awal pagi ini bagi mendesak kerajaan menghentikan polisi sifar Covid-19 yang disifatkan ‘tidak masuk akal dan membebankan’.
Menerusi video yang dikongsi dalam media sosial, kedengaran para penunjuk perasaan melaungkan slogan mendesak Presiden Xi Jinping meletak jawatan.
Protes itu juga dilakukan sebagai bantahan terhadap tindakan pasukan keselamatan yang disifatkan terlalu lambat sehingga mengakibatkan 10 maut dalam insiden kebakaran di Urumqi, Xinjiang.
Masyarakat mendakwa, kelambatan itu disebabkan oleh perintah berkurung yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.
Selain itu, penunjuk perasaan juga mendakwa beberapa peserta ditahan polis ketika mereka berarak ke kawasan tumpuan di bandar raya ini.
Terdahulu, tunjuk perasaan turut tercetus di kilang pembuatan iPhone terbesar dunia di Zhejiang akibat perintah berkurung Covid-19. – AFP