Pemuda Palestin tikam mati tiga penduduk Israel - Utusan Malaysia

Pemuda Palestin tikam mati tiga penduduk Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang rakyat Palestin yang bersenjatakan pisau menikam mati dua warga Israel di sebuah penempatan yang diduduki di Tebing Barat.

Dia kemudian mencuri kereta ketika cuba melarikan diri dan terbabas di lebuh raya berdekatan, menyebabkan seorang lagi warga Israel terkorban.

Serangan di penempatan Ariel itu juga menyebabkan tiga warga Israel yang lain cedera akibat ditikam.

Tidak lama kemudian, penyerang warga Palestin itu ditembak mati oleh seorang askar Israel ketika dia cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Sementara itu, perkhidmatan paramedik Zaka berkata, tiga penduduk Israel yang cedera kini dirawat di hospital.

Menurut tentera Israel, pemuda Palestin itu didakwa menikam beberapa penduduknya di pintu masuk ke zon perindustrian penempatan tersebut sebelum meluru ke stesen minyak berhampiran dan menikam lebih ramai orang.

Katanya lagi, lelaki itu kemudian mencuri sebuah kereta dan dengan sengaja merempuh kenderaan lain sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan berjalan kaki.

Media Israel mengenal pasti ketiga-tiga mangsa sebagai Mordechai Ashkenazi, 59; Tamir Avichay, 50 dan Michael Ladigin, 36.

Video amatur yang disiarkan di televisyen Israel kmenunjukkan penyerang yang disyaki berlari ke lebuh raya dan rebah selepas dia ditembak.

Kementerian Kesihatan Palestin kemudian mengesahkan Mohammad Souf, 18, dari kampung berhampiran Hares adalah penyerang yang terbunuh.

Sementara itu, bapa saudara penyerang, Marwan Souf, memberitahu agensi berita rasmi Palestin, Wafa, bahawa pasukan keselamatan Israel menyerbu rumah keluarganya di Hares dan menyoal siasat 15 saudaranya.

Katanya, pasukan mengambil ukuran rumah sebagai persediaan untuk tujuan merobohkannya. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.