Mangsa gempa Cianjur solat Jumaat di luar masjid, bimbang gempa susulan - Utusan Malaysia

Mangsa gempa Cianjur solat Jumaat di luar masjid, bimbang gempa susulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIANJUR: Sejumlah penduduk mengadakan solat Jumaat di kawasan lapang berhampiran sawah padi, kerana bimbang berlakunya gempa bumi susulan selepas dinding masjid di situ retak dan tingkap pecah akibat gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang mengakibatkan hampir 300 nyawa terkorban.

Imam, Muhamad Jamhur berkata, solat jemaah itu diadakan di gelanggang bola tampar yang terletak hanya 200 meter dari masjid yang dindingnya retak dan tingkap pecah akibat gempa bumi yang melanda bandar Cianjur, kira-kira 75 kilometer ke selatan ibu kota Jakarta, Isnin lalu.

“Selepas bencana ini, kami masih takut. Jadi kami terpaksa berpindah ke sini di gelanggang bola tampar ini, bukan di masjid. Saya minta jemaah berjaga-jaga kerana bencana mungkin berlaku lagi,” kata Muhamad.

Beratus-ratus gegaran susulan menggegarkan sekitar kawasan Cianjur, ketika penduduk masih bersedih dan trauma kehilangan orang tersayang dan ada yang berlindung di khemah sementara sambil menunggu bekalan makanan, air, dan ubat-ubatan yang penghantarannya berdepan masalah akibat hujan lebat dan tanah runtuh.

Peniaga makanan Asep Hidayat, yang seperti ramai orang lain kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi, berkata dia bersyukur kerana dapat menunaikan solat Jumaat dan sembahyang lima waktu walaupun tidak di masjid.

“Solat itu wajib dan perlu diteruskan di mana jua, walaupun bukan di masjid,” katanya.

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat, terutamanya 39 orang yang dillaporkan hilang. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya