Lelaki dibawa turun selepas empat hari 'bergayut' di menara pemancar - Utusan Malaysia

Lelaki dibawa turun selepas empat hari ‘bergayut’ di menara pemancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan keselamatan berjaya membawa turun seorang lelaki berusia 53 tahun yang sudah empat hari berada di puncak menara pemancar radio setinggi 43 meter di Jalan Don Tomas di wilayah Nusa Tenggara Timur akibat mogok.

Ketika proses membawa turun lelaki itu, ratusan penduduk memenuhi lokasi berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Bahagian Operasi dan Makluman Pejabat Mencari dan Menyelamat Maumere,  Wayan Suwena berkata, lelaki dikenali sebagai Augustinus Woro berasal dari daerah Ngada itu berada dalam keadaan lemah ketika dibawa turun.

Wayan menjelaskan proses berlangsung dramatik kerana Augustinus enggan turun malah mengugut mahu menyalakan petrol dan mancis ketika pegawai penyelamat menghampirinya.

Bagaimanapun, selepas dipujuk berkali-kali oleh pegawai dan anggota Persatuan Mahasiswa Katolik Indonesia (PMKRI), Agustinus akhirnya akur.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sikka untuk pemeriksaan.

Sebelum ini, tindakan Augustinus mengejutkan penduduk Kota Maumere dan ramai penduduk yang lalu menjerit mengarahkan dia turun segera kerana keadaan yang amat berbahaya.

Dia malah naik lebih tinggi ke puncak menara, sambil mengibarkan bendera merah putih dan sepanduk yang mengandungi beberapa tuntutan.

Wayan berkata, berdasarkan maklumat pasukan penyelamat, Agustinus mahu turun jika dapat bertemu Ketua Bandar Sikka, Fransiskus Roberto Diogo dan Ketua Polis Sikka, AKBP Nelson Felipe Diaz Quintas.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya