Kilang iPhone terbesar dunia terlibat 'lockdown' Covid-19 di China

Kilang iPhone terbesar dunia terlibat ‘lockdown’ Covid-19 di China

RATUSAN pekerja kilang Foxconn meninggalkan premis tersebut kerana tidak mahu dikenakan perintah berkurung Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China semalam melaksanakan perintah berkurung bagi mencegah penularan Covid-19 di kawasan sekitar kilang iPhone terbesar di dunia, selepas para pekerja meninggalkan premis bagi mengelakkan mereka terkurung.

Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou memulakan perintah berkurung itu selama tujuh hari bermula semalam, melibatkan kira-kira 600,000 penduduk di kawasan sekitar.

Kilang Foxconn yang beroperasi dalam kawasan itu turut ditutup akibat perintah berkurung tersebut.

Beberapa imej yang tular dalam media sosial China pada minggu lalu menunjukkan para pekerja meninggalkan kilang tersebut sebelum perintah berkurung dilaksanakan.

Kebanyakannya memberitahu, adalah lebih baik mereka meninggalkan kilang buat sementara waktu kerana bimbang berdepan dengan situasi yang teruk, termasuk layanan buruk petugas kesihatan.

Pihak berkuasa China memaklumkan, semua petugas dan sukarelawan pencegahan Covid-19 tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekitar, melainkan sudah melakukan ujian saringan dan menerima rawatan perubatan kecemasan.

Hanya kenderaan perubatan dan barangan asas yang dibenarkan berada atas jalan raya sepanjang tempoh berkurung dilaksanakan.

Tindakan terbaharu itu secara tidak langsung menjejaskan rangkaian bekalan barangan iPhone yang dijual di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya