Ketua Penjara Filipina nafi gali lubang bagi banduan lolos

Ketua Penjara Filipina nafi gali lubang bagi banduan lolos

GERALD Bantag dan bekas Ketua Polis Negara Filipina, Guillermo Eleazar berada dalam kenderaan pengangkut berperisai (APC) yang digunakan untuk meroboh struktur haram di Penjara New Bilibid. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Ketua penjara Filipina yang didakwa mengarahkan pembunuhan seorang wartawan radio terkemuka, mendakwa lubang besar digali sebelah rumahnya di bangunan penjara di Manila bukan terowong untuk banduan meloloskan diri tetapi bagi melakukan aktiviti selam skuba.

Lapor philstar.com, lubang dengan kedalaman kira-kira 60 meter dan selebar 40 meter, ditemukan di kediaman rasmi Gerald Bantag selepas digantung tugas sebagai ketua pengarah biro penjara itu.

Polis menuduh Bantag mengarahkan pembunuhan penyampai radio, Percival Mabasa, 63, yang ditembak mati di luar rumahnya di Manila pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Bantag menafikan penglibatan dalam pembunuhan itu.

Bantag ketika ini bebas sementara pendakwa raya memutuskan sama ada terdapat bukti mencukupi untuk mendakwanya.

Bantag mengaku kepada media tempatan bahawa pernah mengarahkan penggalian lubang di rumahnya.

Berdasarkan satu temubual disiarkan awal bulan ini, Bantag memberitahu dia merupakan seorang penyelam skuba dan mahu membina `kolam renang paling dalam’ di Manila.

Namun, pihak berkuasa mendapati sebuah lagi kolam renang sepanjang 25 meter sudah dibina berhampiran lubang besar berkenaan.

Bantag menafikan lubang itu direka bentuk sebagai terowong bagi banduan yang ditahan di Penjara New Bilibid melarikan diri.

Minggu lalu, Setiausaha Kehakiman, Crispin Remulla berkata, Bantag pernah memberitahu bahawa dia sedang mencari harta karun yang dicuri dari seluruh Asia Tenggara oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua yang dikhabarkan ditanam di Filipina.

“Ia merupakan pencarian harta karun dan saya menyuruh dia menghentikannya,” kata Remulla.

Bantag dilantik sebagai ketua pengarah penjara oleh Presiden ketika itu, Rodrigo Duterte pada September 2019.

Bantag dipercayai mengarahkan pembunuhan Mabasa kerana penyampai radio itu sering mendedahkan ‘keburukan ketua penjara’ itu dalam program kendaliannya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya