Jalan depan rumah bakal menantu Jokowi diturap menjelang perkahwinan - Utusan Malaysia

Jalan depan rumah bakal menantu Jokowi diturap menjelang perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jalan di hadapan rumah ibu bapa Erina Gudono mula diturap menjelang perkahwinannya dengan anak lelaki Presiden Joko Widodo (Jokowi), Kaesang Pangarep, di Mlati.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Badan Pekerjaan Umum Daerah Perumahan dan Pemukiman Sleman, Taufiq Wahyudi memaklumkan, proses penurapan itu dilakukan dengan menggunakan dana Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (APBD) daerah Sleman.

Katanya, projek itu dilakukan selepas terdapat permohonan daripada penduduk setempat yang mahu jalan di hadapan rumah Erina diturap bagi memudahkan pergerakan, terutamanya menjelang perkahwinan gadis itu dengan anak Jokowi.

Selain itu, Taufiq menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan keluarga Erina mendapat kelebihan itu hanya kerana mereka bakal berbesan dengan Jokowi.

“Projek penurapan ini dilaksanakan mengikut prosedur yang sepatutnya, tiada sebarang keistimewaan seperti yang didakwa.

“Jika ada kawasan yang ingin diturap, penduduk di situ juga perlu mengemukakan permohonan menerusi kaedah yang ditetapkan. Semua sama sahaja,” katanya.

Sementara itu, proses penurapan itu melibatkan jalan sepanjang 387 meter dan jalan berkenaan akan dilalui rombongan keluarga Jokowi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN