Iran mula hukum mati penunjuk perasaan terlibat rusuhan ganas

Iran mula hukum mati penunjuk perasaan terlibat rusuhan ganas

PENUNJUK perasaan melakukan protes membantah kematian Mahsa Amini di Teheran, Iran pada 8 Oktober lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran kelmarin mengeluarkan arahan hukuman mati pertama terhadap penunjuk perasaan yang didakwa terlibat dalam siri protes yang tercetus akibat kematian seorang wanita dalam tahanan polis.

Perkara itu dimaklumkan oleh badan kehakiman Iran menerusi laman webnya.

Tertuduh yang tidak dikenal pasti identitinya itu dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Teheran bagi kesalahan membakar bangunan kerajaan, mengganggu ketenteraman awam, berhimpun dan terlibat konspirasi mengancam keselamatan negara.

Pergolakan di seluruh negara ini tercetus selepas Mahsa Amini, 22, dilaporkan maut pada 16 September lalu, iaitu tiga hari selepas dia ditangkap polis moral di sini kerana didakwa melanggar kod pakaian wanita Iran.

Iran Human Right Watch semalam melaporkan, lebih 300 penunjuk perasaan maut akibat terkena tembakan yang dilepaskan pasukan keselamatan Iran sepanjang rusuhan ganas itu berlangsung.

Selain itu, lima lagi penunjuk perasaan dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun kerana berhimpun dan berkomplot melakukan jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara, dan mengganggu ketenteraman awam.

Menurut laman web tersebut, kesemua yang disabitkan kesalahan boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman mereka.

Pada awal bulan ini, 272 dari 290 ahli politik Iran menuntut badan kehakiman menggunakan kaedah ‘nyawa dibalas nyawa’ iaitu prinsip keadilan balas terhadap mereka yang ‘mencederakan orang ramai dan memusnahkan harta benda menggunakan senjata tajam serta senjata api’.

Setakat ini, lebih 2,000 penunjuk perasaan sudah didakwa dengan hampir separuh daripadanya berlangsung di Teheran sejak protes bermula. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya