Helikopter Polis Indonesia terhempas - Utusan Malaysia

Helikopter Polis Indonesia terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah helikopter milik Polis Indonesia terhempas di kawasan laut Bukulimau di Belitung Timur semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan.

Beliau mengesahkan helikopter berkenaan terputus hubungan kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan dan operasi mencari dilakukan  oleh Pasukan Polis Air dan Udara serta dibantu Polis Wilayah Bangka Belitung.

Bagaimanapun operasi berkenaan terpaksa dihentikan sementara akibat cuaca buruk dan disambung semula pagi tadi.

Jelas polis, helikopter jenis NBO bernombor pendaftaran P-1103 itu pada mulanya terbang bertujuan untuk menjalankan aktiviti penerbangan feri helikopter bersama sebuah lagi helikopter lain.

“Kedua-dua helikopter dilaporkan naik ke ketinggian 5,000 kaki akibat cuaca buruk tetapi juruterbang helikopter P-1103 sebaliknya melaporkan bahawa helikopter itu gagal mencapai ketinggian dan terus turun ke ketinggian 3,500 kaki.

“Kapten juruterbang helikopter yang terbang bersama cuba menghubungi kru helikopter P-1103 melalui frekuensi radio helikopter tetapi tiada jawapan,” kata Ramadhan.-AGENSI

Menurut pasukan penyelamat, satu mayat ditemukan di Pantai Burung Mandi yang disahkan sebagai salah seorang daripada 4 penumpang helikopter berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya