G7 selar pelancaran peluru berpandu Pyongyang, gesa PBB tingkat sekatan - Utusan Malaysia

G7 selar pelancaran peluru berpandu Pyongyang, gesa PBB tingkat sekatan

KOREA Utara dilaporkan lancar lebih 10 peluru berpandu dengan satu daripadanya mendarat berhampiran perairan Korea Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Negara Kumpulan Tujuh (G7) dengan lantang menyelar pelancaran agresif peluru berpandu antara benua (ICBM) Korea Utara dan menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak tegas menyekat negara itu.

Menteri-menteri Luar negara G7 sependapat, kekerapan pelancaran peluru berpandu Korea Utara itu ‘menjejaskan kestabilan serantau’ dan masih diteruskan meskipun masyarakat antarabangsa menuntut ia dihentikan.

Ujian peluru berpandu Korea Utara yang dilepaskan Jumaat lalu, adalah ICBM terbaharunya dengan jarak yang berpotensi untuk sampai ke mana-mana sasaran di Amerika Syarikat (AS).

G7 turut menggesa ‘tindak balas bersatu dan teguh’ oleh masyarakat antarabangsa, termasuk keperluan untuk langkah-langkah penting selanjutnya yang perlu diambil oleh Majlis Keselamatan PBB.

Kenyataan G7 itu dipersetujui semua negara anggota termasuk Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Britain dan AS selain disertai wakil Kesatuan Eropah (EU).

Setakat bulan ini, Korea Utara dipercayai sudah melancarkan 30 peluru berpandu jarak dekat, sederhana dan jauh, termasuk pelancaran terbhaaru pada Jumaat lalu yang mendarat di zon ekonomi eksklusif (EEZ) Jepun di barat Hokkaido.

Agensi berita KCNA mendakwa peluru berpandu yang ditembak pada Jumaat lalu adalah Hwasong-17, varian digambarkan sebagai ‘senjata strategik terkuat di dunia’.

KCNA berkata, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyaksikan pelancaran terbaru bersama anak perempuannya.

Satu siri pelancaran ujian bulan lalu termasuk ICBM yang berkemungkinan terbang melintasi Jepun, menyebabkan siren amaran berbunyi di utara Jepun.

Pelancaran peluru berpandu Korea Utara pada tahun ini adalah jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya