China rekod kematian Covid-19 pertama sejak Mei - Utusan Malaysia

China rekod kematian Covid-19 pertama sejak Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China merekodkan kematian pertama akibat Covid-19 dalam tempoh enam bulan sejak Mei lalu, ketika pihak berkuasa kesihatan negara ini terus mengekang penularan virus maut itu.

Kematian itu melibatkan seorang lelaki berusia 87 tahun di Beijing ketika Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan merekodkan lebih 24,000 jangkitan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.

Biarpun jumlah jangkitan itu rendah berbanding negara lain, peningkatan itu tetap membimbangkan China yang komited dengan polisi sifar Covid-19.

Pada 11 November, Beijing mula melonggarkan sekatan Covid-19, termasuk pengurangan tempoh masa kuarantin dan ketibaan pengembara antarabangsa.

Media tempatan melaporkan, lelaki warga emas yang meninggal dunia akibat Covid-19 itu pada mulanya hanya menunjukkan gejala ringan sebelum bertukar kritikal.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan meminta penduduknya duduk di rumah jika tiada urusan penting. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.