2 maut akibat banjir di Albania - Utusan Malaysia

2 maut akibat banjir di Albania

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIRANA: Sekurang-kurangnya dua orang maut dalam kejadian banjir akibat hujan lebat yang melanda di wilayah Shkodra, barat laut Albania.

Polis dalam kenyataan menyatakan mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 50 tahun dan anaknya berumur 18 tahun.

Jelas polis, kedua-dua mangsa maut selepas kereta dinaiki mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir, ketika memandu di jalan pergunungan berhampiran Shkrel.

Menurut polis, penduduk tempatan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dalam perjalanan bersama bapa dan abangnya.

“Setakat ini, mayat dua lelaki itu masih belum ditemukan,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan sekurang-kurangnya tujuh keluarga terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka di wilayah Shkodra, kira-kira 140 kilometer (km) di utara Tirana.

Malah, kata kementerian, ramai penduduk lagi di kawasan itu diancam banjir dan tanah runtuh.

Tambah kementerian, ratusan hektar tanah pertanian di wilayah Shkodra dan berhampiran Lezha turut ditenggelami air.

Selain itu, penduduk tempatan menyifatkan keadaan itu amat kritikal selepas bencana itu menyebabkan banyak tebing sungai pecah, memusnahkan rumah dan infrastruktur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya