BIZAPP sasar 3,000 usahawan baharu sehingga hujung tahun

BIZAPP sasar 3,000 usahawan baharu sehingga hujung tahun

Pemenang utama cabutan bertuah 'Go Cuba Bizappay with FPX", Ketua Pegawai Eksekutif GPC Network Ssn Bhd, Hairul Hafizi Johari (tiga dari kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bizapp Ventures Sdn Bhd, Mohd Taib Pardi (2 dari kanan), Ketua Pegawai Teknologi Bizapp Ventures Sdn Bhd , Hasnol Mizam ( tiga dari kanan), Pengerusi Eksekutif Kumpulan Commerce Asia, Ganesh Kumar Bangah (dua Dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Commerce Asia, Kuna Kathigesan (belakang tiga dari kanan) dan Pengarah Kanan Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor ( kanan)! di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Cyberjaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BizApp Ventures Sdn. Bhd. (BizApp) menyasarkan seramai 3,000 pengguna baharu terdiri dalam kalangan usahawan pinggir bandar dan luar bandar untuk mengembangkan perniagaan dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Taib Pardi berkata, aplikasi tersebut telah digunakan oleh 700,000 pengguna dengan nilai transaksi kasar (GMV) sebanyak RM3.8 bilion sejak dilancarkan pada 2016.

Katanya, seramai 50,000 pengguna aktif dikenal pasti dan sejak dilancarkan ketika ini dan BizApp telah membantu 700,000 pengguna yang mempunyai produk dan menggunakan aplikasi itu untuk urusan jual beli dan selebihnya melalui sistem lantikan ejen.

“Sejak diperkenalkan pada 2016, pengguna BIZAPP terus berkembang dengan nilai transaksi kasar (GMV) sebanyak RM3.8 bilion.

“Ini terbukti mampu membantu para peniaga menerima pesanan sepanjang 24 jam tanpa henti dan pada masa yang sama ia turut membantu usahawan terhindar daripada penipuan (scammer).

“Melalui kaedah tersebut, para peniaga luar bandar turut berpeluang mendapat kemudahan dan keselamatan yang sama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Cabutan Bertuah & BIZAPP Raya di Cyberjaya baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Teknologi Bizapp Ventures Sdn Bhd, Hasnol Mizam; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Commerce Asia, Ganesh Kumar Bangah ; Pengarah CommercePay dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Commerce Asia, ⁠Kuna Kathigesan dan Pengarah Kanan Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Goreng Pisang Crispy (GPC) Network Sdn.Bhd, Hairul Hafizi Johari muncul sebagai pemenang utama sebuah kereta Perodua Axia penyampaian hadiah kempen ‘Go Cuba Bizappay with FPX’

Mohd Taib menambah, menerusi kempen tersebut, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Axia dan enam unit telefon pintar jenama iPhone 14 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM70,000.

“Sepanjang kempen berlangsung, kami menerima sebanyak 3,000 penyertaan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 20 buah syarikat telah disenarai pendek dan hanya tujuh syarikat yang terpilih ke peringkat akhir dan menerima hadiah melalui cabutan bertuah.

“Kesemua peserta telah diadili mengikut kriteria yang ditetapkan dan sepanjang kempen berlangsung, kami bukan sahaja memberi sokongan kepada peniaga-peniaga baharu yang hendak mencuba Bizappay tetapi turut menanggung kos transaksi FPX sebanyak RM1 kepada mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN