100 syarikat UK mulakan sistem kerja empat hari seminggu

100 syarikat UK mulakan sistem kerja empat hari seminggu

KIRA-KIRA 2,600 pekerja dari 100 syarikat bakal memperoleh manfaat daripada sistem bekerja empat hari seminggu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ribuan pekerja di United Kingdom (UK) mula beralih ke sistem bekerja empat hari seminggu dengan mereka masih menerima gaji penuh untuk sebulan.

Kira-kira 2,600 pekerja dari 100 syarikat bakal memperoleh manfaat daripada cara kerja baharu itu selepas syarikat berkenaan mendaftar untuk menjadi majikan `bertauliah’ dalam skim dilaksanakan di seluruh negara.

Lapor Daily Mail, beberapa pakar program itu menyifatkan sistem bekerja lima hari seminggu merupakan `kebiasaaan’ dari zaman ekonomi awal.

Justeru, para pakar berpandangan cara bekerja baharu itu akan mendorong lebih banyak syarikat meningkatkan produktiviti mereka.

Katanya, ia bermakna syarikat berkenaan mampu menghasilkan output yang sama dalam masa lebih singkat.

Sebelum ini, satu kempen percubaan sistem bekerja empat hari seminggu di Perancis mendapati pekerja negara itu masih bekerja lebih masa, malah syarikat terpaksa membayar elaun kerja lebih masa kepada pekerja terbabit.

Dua firma terbesar yang melaksanakan program tersebut adalah Atom Bank dan syarikat pemasaran global, Awin yang masing-masing mempunyai kira-kira 450 pekerja di UK.

Firma berkenaan menerima akreditasi daripada kempen sistem bekerja empat hari seminggu.

“Ini bermakna syarikat tersebut berjaya mengurangkan masa bekerja bagi pekerja dan bukannya memaksa mereka bekerja lebih masa,” jelas laporan itu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Awin, Adam Ross berkata, pelaksanaan sistem bekerja empat hari seminggu adalah antara insiatif paling transformatif dalam sejarah syarikat berkenaan.

“Sepanjang satu setengah tahun lalu, kami menyaksikan peningkatan luar biasa dalam kesejahteraan pekerja.

“Malah, pada masa yang sama, perkhidmatan pelanggan dan hubungan serta pengekalan bakat juga mendapat manfaat ekoran pelaksanaan skim ini,” katanya.

Kempen UK ini juga menyelaras skim perintis terbesar di dunia dengan lebih 3,300 pekerja daripada 70 syarikat mengambil bahagian dalam program percubaan selama enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya