10 maut bangunan terbakar di Xinjiang - Utusan Malaysia

10 maut bangunan terbakar di Xinjiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam insiden kebakaran sebuah bangunan di barat laut wilayah Xinjiang.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran itu bermula pada malam semalam, kira-kira pukul 7.50 malam waktu tempatan.

“Setakat ini, 10 orang meninggal dunia dan sembilan lagi cedera,” lapor agensi berita tersebut.

Selain itu, agensi media itu turut memaklumkan, keadaan sembilan mangsa yang cedera adalah stabil.

Insidenn itu berlaku beberapa hari selepas 38 orang maut dalam kebakaran kilang di bandar Anyang, tengah China.

Pihak berkuasa menyatakan kebakaran itu mungkin berlaku akibat perbuatan khianat dan sistem pendawaian yang tidak mengikut piawaian. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN