Waris kesultanan Sulu mohon rampas aset Malaysia di Belanda

Waris kesultanan Sulu mohon rampas aset Malaysia di Belanda

SULTAN Sulu, Jamalul Kiram III mengakui menghantar pasukan tenteranya menyerang Sabah di Malaysia bagi menuntut sebahagian wilayah di negeri itu pada Mac 2013. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Waris kesultanan Sulu memfailkan permohonan di mahkamah Belanda untuk merampas aset milik Malaysia di negara itu.

Menurut peguam yang mewakili mereka, tuntutan itu dibuat menerusi permohonan timbang tara bernilai AS$15 bilion (RM69.5 bilion) yang dianugerahkan kepada mereka terhadap kerajaan Malaysia.

Petisyen di Mahkamah Rayuan The Hague mencetuskan kembali pertikaian yang sudah lama berlarutan mengenai perjanjian tanah era penjajah, yang mengancam aset global dimiliki kerajaan Malaysia dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Namun, Putrajaya yang tidak pernah mengiktiraf tuntutan tersebut, tidak memberikan kenyataan balas mengenai petisyen tersebut.

Mahkamah Timbang Tara Perancis pada Februari lalu mengarahkan Malaysia membayar sejumlah AS$15 bilion kepada waris kesultanan Sulu, menjadikannya bayaran timbang tara terbesar pernah direkodkan.

Malaysia berjaya mendapatkan penangguhan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan, tetapi anugerah itu masih boleh dikuatkuasakan di luar Perancis mengikut perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengikut salinan petisyen mahkamah yang dikongsikan peguam mereka, waris kesultanan Sulu berhasrat merampas aset Malaysia yang terdapat di Belanda.

Petisyen itu bagaimanapun, tidak menyatakan perincian tuntutan aset.

Terdapat beberapa syarikat terbesar Malaysia yang mempunyai operasi di Belanda termasuk Petronas dan Sime Darby Plantations. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya