Ulama Saudi tegaskan cabaran di Tiktok adalah judi

Ulama Saudi tegaskan cabaran di Tiktok adalah judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Manea menegaskan cabaran dalam media sosial khususnya aplikasi TikTok adalah sejenis perjudian dan membazirkan wang yang jelas merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam Islam.

Beliau yang juga merupakan anggota Akademi Fiqh Islam Antarabangsa berkata, perjudian itu adalah sejenis denda dan harta rampasan yang melibatkan jumlah yang dicabar serta individu yang terlibat akan menerima wang tersebut.

“Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan di bawah sebarang konteks, tidak kira sama ada melibatkan interaksi antara dua orang sesama jantina ataupun berbeza jantina,” katanya lapor Saudi Gazette.

Kenyataan ulama tersebut dikeluarkan susulan cabaran dalam aplikasi TikTok semakin menjadi trend dalam media sosial.

TikTok menjadi platform bagi pelbagai jenis video pendek seperti gurauan, aksi lasak, tarian dan hiburan antara 15 saat hingga 10 minit.

Cabaran di TikTok adalah kempen atau trend yang mengundang orang ramai untuk menghasilkan video mereka sendiri berdasarkan tugas khusus seperti menonjolkan bakat atau aktiviti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya