Tujuh maut, letupan stesen minyak di Ireland - Utusan Malaysia

Tujuh maut, letupan stesen minyak di Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam letupan di sebuah stesen minyak di County Donegal di barat laut Ireland.

Menurut pasukan keselamatan Garda Siochana, lapan orang dikejarkan ke hospital ketika pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa di lokasi kejadian di pinggir kampung Creeslough.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilaksanakan oleh perkhidmatan kecemasan Ireland diteruskan sepanjang malam di tempat kejadian itu.

Dilaporkan, letupan itu berlaku di stesen minyak Applegreen di pinggir kampung Creeslough, iaitu kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar Letterkenny.

Letupan itu juga memusnahkan bahagian hadapan stesen minyak dan muka bangunan kediaman berhampiran.

Pasukan polis, bomba, ambulans, pengawal pantai dan perkhidmatan ambulans udara dari Ireland Utara serta pasukan pakar dari wilayah ditadbir United Kingdom (UK) berada di lokasi kejadian.

Hospital Universiti Letterkenny, kira-kira 24km dari lokasi letupan, diletakkan dibawah `kecemasan’ memandangkan sedang merawat kes kecederaan mangsa.

Sementara itu, Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam letupan itu.

“Ingatan dan doa saya kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian letupan ,” katanya. – AFP/ REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN