Taiwan lancar saluran TV bahasa Inggeris pertama

Taiwan lancar saluran TV bahasa Inggeris pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan melancarkan saluran berita dalam Bahasa Inggeris serta saluran televisyen hiburan dan gaya hidup pertama hari ini.

Pelancaran itu bertujuan memberikan peluang lebih besar buat Taiwan bersuara di peringkat antarabangsa, lapor Reuters.

TaiwanPlus yang merupakan stesen di bawah kerajaan mula beroperasi tahun lalu, sebagai platform penstriman dalam talian dan disokong kuat oleh Presiden, Tsai Ing-wen.

Saluran televisyen itu hanya tersedia di Taiwan buat masa sekarang dan negara itu mengintai peluang untuk melebarkan sayap ke Amerika Syarikat pada enam bulan akan datang.

Bercakap semasa majlis pelancaran, Ing-wen berkata, saluran itu akan meningkatkan profil antarabangsa Taiwan dan membantu pulau itu menjalin hubungan lebih erat dengan negara yang berkongsi nilai teras kebebasan dan demokrasi.

“Kisah mengenai Taiwan perlu dikongsikan di seluruh dunia supaya lebih ramai berminat mengenai negara ini.

“Ini adalah usaha penting supaya kita mempunyai platform membawa Taiwan ke komuniti antarabangsa,” katanya.

Usaha itu bagi mencabar China yang kerap membuat dakwaan mentadbir Taiwan sebagai wilayahnya sendiri serta aktif dalam media berbahasa Inggeris, China Global Television Network (CGTN).

Menteri Kebudayaan China, Lee Yung-te berkata, Taiwan pelu mempunyai peluang dan pandangan untuk menjelaskan dakwaan China.

“Di peringkat antarabangsa, suara kami belum didengari sepenuhnya.

“China terus menyebarkan dakyah Taiwan adalah sebahagian dari China sehingga membuatkan ramai yang percaya mengenai perkara itu.

“Jadi, kami akan menggunakan media Taiwan sendiri pada masa hadaapn bagi menjelaskan kepada masyarakat antarabangsa mengenai perkara sebenar,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.