Switzerland mahu kenakan denda RM4,000 kepada wanita pakai niqab

Switzerland mahu kenakan denda RM4,000 kepada wanita pakai niqab

ENDUDUK berjalan melepasi sebuah poster kempen larangan burqa di jalanan Zurich, Switzerland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERN: Switzerland bercadang mengenakan denda sebanyak 900 pound (RM4,677) terhadap mana-mana individu yang memakai niqab dibawah undang-undang larangan burqa.

Lapor Daily Mail, kerajaan sudah mengemukakan draf undang-undang itu ke Parlimen, semalam.

Draf itu antara lain merangkumi beberapa pengecualian seperti cadangan memansuhkan larangan itu di pesawat, premis diplomatik dan tempat ibadat.

Selain itu, pemakaian niqab yang dikaitkan dengan kesihatan, keselamatan, keadaan iklim dan adat tempatan akan dikekalkan.

Persembahan seni dan pengiklanan juga dikecualikan.

Di bawah draf undang-undang tersebut, pelitup muka dianggap amat perlu untuk melindungi diri sementara kebebasan bersuara dan berhimpun akan dibenarkan selagi mendapat kebenaran pihak berkuasa dan ketenteraman awam terjamin.

Meskipun cadangan denda itu tidak menyebut wanita Islam secara langsung namun ahli politik tempatan, media merujuk langkah itu sebagai `larangan burqa’.

Sementara itu, Kabinet memaklumkan larangan menutup wajah bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Hukuman bukan keutamaan kami,” jelas Kabinet dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya