Sweden henti beri vaksin Covid-19 kepada remaja - Utusan Malaysia

Sweden henti beri vaksin Covid-19 kepada remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Agensi Kesihatan Awam Sweden memaklumkan pihaknya tidak akan mengesyorkan lagi golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun negara itu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut agensi kesihatan, keputusan itu dibuat setelah mendapati risiko jangkitan Covid-19 membabitkan kumpulan umur berkenaan adalah sangat rendah.

Jelasnya, pengesyoran baharu itu akan mula berkuat kuasa pada 31 Oktober depan.

“Keputusan itu bermakna bermula 1 November depan, hanya kanak-kanak dalam kumpulan rentan tertentu disyorkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19,” kata agensi kesihatan awam.

Bulan lalu, Britain menarik balik saranan suntikan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak yang sihat dibawah umur 11 tahun.

Sementara itu, Ketua Jabatan Vaksinasi Agensi Kesihatan Awam, Soren Anderson berkata, pihaknya mendapati secara keseluruhan keperluan penjagaan kanak-kanak dan orang muda yang dijangkiti Covid-19 adalah rendah.

“Di samping itu, kes jangkitan juga berkurangan sejak varian Omicron mula merebak,” katanya dalam kenyataan.

Bagi individu berusia 18 tahun ke atas, mereka disarankan mendapatkan tiga dos, dengan dos keempat disyorkan kepada golongan berumur lebih 65 tahun.

Sweden menjadi tumpuan dunia apabila negara itu enggan melaksanakan undang-undang kawalan ketat ketika negara lain di seluruh dunia mengenakan perintah berkurung bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Sweden menyaksikan sedikit peningkatan dalam kes kematian akibat Covid-19 semasa musim panas lalu, namun jumlah itu kini sudah menurun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.