Singapura buka pejabat perwakilan di Ramallah - Utusan Malaysia

Singapura buka pejabat perwakilan di Ramallah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Singapura membuka sebuah pejabat perwakilan baharu di Ramallah yang bertujuan menyelaras usaha pembinaan keupayaan dan memperkukuhkan hubungan republik ini dengan Pihak Berkuasa Palestin.

Lapor The Straits Times, Menteri Kedua Hal Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman merasmikan pejabat perwakilan baharu itu dalam satu majlis diadakan sempena lawatan kerjanya ke Palestin.

Menurut Maliki, pembukaan pejabat perwakilan itu merupakan satu pencapaian ketara dalam hubungan Singapura bersama Pihak Berkuasa Palestin.

“Ia adalah bukti komitmen kami untuk melakukan lebih banyak bagi Pihak Berkuasa Palestin.

“Justeru, kami berharap ia dapat memberi manfaat kepada penduduk Palestin ketika mereka berusaha ke arah mencapai kemerdekaan, dengan wujud secara aman dan selamat bersama Israel berteraskan dasar dua negara,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Luar, Vivian Balakrishnan menyampaikan hasrat Singapura untuk menubuhkan pejabat perwakilan di Ramallah ketika lawatannya ke sana pada Mac 2022.

Beliau berkata, antara tujuannya adalah memudahkan kerja penyelarasan menerapkan Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) berjumlah SGD$10 (RM33 juta) juta bagi penduduk Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN