BIRMINGHAM: Perdana Menteri Britain, Liz Truss tanpa berselindung menyatakan sokongan kuat terhadap Israel semasa seminar di Birmingham.
Beliau malah berjanji akan memastikan hubungan antara UK-Israel ke arah yang lebih kukuh.
“Saya adalah penyokong kuat Zionis Israel,” katanya lapor JewishNews.
Semasa seminar itu, Truss turut membangkitkan kebimbangan mengenai cita-cita Iran terhadap senjata nuklear.
“Percaya pada saya, UK bersama negara sekutu tidak akan membenarkan sama sekali Iran memiliki senjata nuklear.
“Di dunia ini, kita berdepan ancaman daripada rejim autoritarian yang tidak percaya tentang kebebasan dan demokrasi.
“Dua negara demokrasi, UK dan Israel perlu berganding bahu dan bekerja lebih rapat pada masa depan,” katanya.