Rusuhan mungkin dapat dielak jika penganjur tidak 'degil dan tamak'

Rusuhan mungkin dapat dielak jika penganjur tidak ‘degil dan tamak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Insiden rusuhan yang berlaku melibatkan penyokong bola sepak kelab Arema dan Persebaya Surabaya sepatutnya dapat dielak jika pihak penganjur ‘mendengar kata’.

Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Mahfud MD berkata, pihak penganjur sebelum itu diberitahu oleh pihak berkuasa supaya mengadakan perlawanan pada waktu petang.

Namun, penganjur enggan mengikuti cadangan tersebut dan mengadakan perlawanan pada waktu malam.

“Selain itu, kerajaan juga mencadangkan supaya hanya 38,000 tiket sahaja boleh dijual kepada penonton, biarpun stadium itu boleh memuatkan kira-kira 42,000 orang dalam satu-satu masa.

“Tetapi, penganjur tidak mengendahkannya, mungkin mereka mahu untung lebih sehingga membenarkan 42,000 pengunjung hadir.

“Bila hal yang tidak diingini berlaku, kita perlu lihat pelbagai faktor dan sikap tidak serius pihak penganjur merupakan satu daripada puncanya,” katanya.

Mahfud juga menjelaskan, kerajaan sudah bertungkus-lumus meningkatkan mutu perlawanan bola sepak di negara ini dan akan terus melakukannya.

Namun, beliau juga tidak dapat membantah provokasi yang sering dicetuskan oleh para penyokong untuk menunjukkan emosi mereka mengenai pasukan dan perlawanan yang berlangsung.

Insiden paling dahsyat dalam sejarah bola sepak Indonesia itu meragut sekurang-kurangnya 182 nyawa dengan ratusan yang lain cedera.

Para pemain Arema turut menjadi sasaran serangan kumpulan penyokong dan terang-terangan menuduh mereka punca pasukan itu kalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.