Rusuhan bola sepak: Hilang tiga anak saudara serentak

Rusuhan bola sepak: Hilang tiga anak saudara serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seorang lelaki terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan tiga anak saudara serentak susulan insiden rempuhan ketika perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Menerusi akaun Twitter @bbbbaall, lelaki itu memuat naik gambar jenazah yang meninggal dunia rumah keluarga mangsa.

Lelaki itu turut menyifatkan tindakan pihak berkuasa yang melepaskan gas pemedih mata saling tidak tumpah seperti tindakan seorang pembunuh.

“Siapapun kalian yang menembak gas pemedih mata semalam, kalian adalah pembunuh,” tegasnya lapor Suara.com.

Jabatan Kesihatan Malang merekodkan jumlah kematian meningkat kepada 182 orang, hari ini.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Saiful Anwar di Bandar Malang.

Insiden yang menggemparkan sejarah bola sepak dunia itu berlaku ketika kekecohan melibatkan penyokong kelab Arema FC yang tewas kepada Persebaya, Surabaya 3-2 dalam perlawanan itu.

Polis dikatakan terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus menyebabkan lebih ramai penonton merempuh masuk ke dalam padang sehingga ada yang sesak nafas.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan mangsa yang terkorban dalam kejadian rusuhan bukan berpunca daripada pergaduhan antara penyokong.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi berkata, mangsa yang terkorban dipercayai akibat sesak nafas, terhimpit serta dipijak ketika penyokong cuba keluar dari stadium berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya