Rusuhan bola sepak: Angka korban meningkat 182 orang

Rusuhan bola sepak: Angka korban meningkat 182 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Jumlah kematian mangsa rusuhan ketika perlawanan bola sepak antara dua pasukan Jawa Timur di Stadium Kanjuruhan di Malang meningkat kepada 182 orang.

Angka terkini itu dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Malang selepas kesemua mangsa dibawa ke Hospital Saiful Anwar di Bandar Malang, hari ini.

Insiden yang menggemparkan sejarah bola sepak dunia itu berlaku ketika kekecohan melibatkan penyokong kelab Arema FC yang tewas kepada Persebaya, Surabaya 3-2 dalam perlawanan itu.

Polis dikatakan terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus menyebabkan lebih ramai penonton merempuh masuk ke dalam padang sehingga ada yang sesak nafas.

“Berdasarkan pemerhatian, terdapat 13 mangsa masih dirawat akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kecemasan.

“Setakat ini, masih ada jenazah yang belum dikenal pasti dan dituntut oleh ahli keluarga masing-masing,” kata petugas hospital memetik laporan Jatim Hari ini.

Sementara itu, bapa kepada seorang mangsa, Edi berkata, dia tidak menjangka insiden itu berlaku.

Katanya, sejak pukul 11 malam semalam dia bergegas ke Hospital Kepanjen sebelum mendapat tahu anaknya di hospital lain.

“Wajah anak saya kelihatan gelap dan dia masih belum sedarkan diri,” katanya.

Sementara itu, laporan beberapa portal lain merekodkan angka kematian meningkat 174 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya